Wikan Danar's posts with tag: malaysia

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag malaysia
Blog EntryBahasa Jawa dipermasalahkan di Malaysia Nov 6, '06 5:38 AM
for everyone
Ya Tuhan ... ampun deh ...
ada2 saja, berita ini
orang ngomong bahasa Jawa saja dipermasalahkan.

Dari sebuah milis
==

2/11/06
Bahasa Jawa bagaikan bahasa rasmi di pejabat MB
SAYA berurusan dengan pejabat Menteri Besar (MB) Selangor bukannya baru.
Sejak zaman Tan Sri Muhammad Muhd. Taib lagi saya berurusan dengan pejabat
yang terletak di tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pada zaman MB sekarang, sudah lebih 10 kali saya berurusan dengan
kakitangan pejabat beliau mengenai urusan majlis amal anak yatim.
Apa yang dilihat, penggunaan bahasa Jawa sudah seperti tiada kawalan lagi
bagaikan menjadi bahasa rasmi kakitangan pejabat MB.
Rakyat Selangor bukan orang Jawa sahaja. Harap gunakan bahasa kebangsaan
yang rasmi dalam segala urusan pejabat.

 – TENGKU KAMARUL TENGKU ABDUL AZIZ,>> Klang.

 3/11/06
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
KERAJAAN Selangor semalam mengeluarkan kenyataan menolak dakwaan bahawa
bahasa Jawa menjadi ‘bahasa rasmi’ di pejabat Menteri Besar di Bangunan
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Turut dijelaskan bahawa 3/4 daripada kakitangan di pejabat itu bukan orang
Jawa atau tahu bertutur bahasa tersebut. Mudah cakap, tidak munasabah
bahasa Jawa jadi bahasa pejabat Menteri Besar.
Maka Awang sangat berharap yang 1/4 lagi mengambil berat kenyataan yang
telah dikeluarkan bagi menjawab sungutan seorang rakyat Selangor yang
disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam.
Maklumlah jika yang 3/4 tidak bercakap, tapi yang 1/4 lagi selalu ngobrol
dalam bahasa Jawa, tentulah yang kedengaran kepada pelawat ialah bahasa
Jawa.
Secara peribadi Awang sedikit pun tidak membantah jika orang Jawa bercakap
Jawa sesama mereka. Di pejabat Awang ada rakan-rakan bercakap Jawa sesama
mereka.
Cuma Awang berpesan kepada kakitangan di tingkat 21 Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, jagalah nama baik Menteri Besar. Beliau
berketurunan Jawa, nanti apa pula kata orang.

Awang – Penggemar rempeyek. (Sahabat Oom Pasikom)

Ini ada jawabannya:

Dari Utusan Malaysia hari ini:

Tiada salahnya guna bahasa Jawa sesama kaum
SAYA amat setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penolong
Setiausaha Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor, Farush Khan Akbar
Khan tentang dakwaan keterlaluan penggunaan bahasa Jawa di pejabat Menteri
Besar.

Sebagai anak Jawa, saya amat berasa hati dengan dakwaan yang dibuat oleh
Tengku Kamarul Tengku Abdul Aziz seolah-olah kami tidak boleh menggunakan
bahasa ibunda kami sendiri sedangkan hak tersebut termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.

Salahkah kami menggunakan bahasa ibunda kami untuk bertutur sesama kami di
mana-mana sahaja?

Adalah lumrah seseorang akan bertutur dalam bahasa ibunda apabila bertemu
orang yang satu kaum.

Bukankah sudah menjadi perkara biasa apabila orang Cina akan bertutur
dalam bahasa mereka apabila bertemu sesama mereka, hatta di kaunter
mana-mana perkhidmatan sekalipun. Mengapa hal ini tidak menjadi masalah
bagi Tengku Kamarul?

Secara kebetulan Menteri Besar Selangor daripada orang Jawa. Tapi tidaklah
pejabatnya dipenuhi dengan orang Jawa sebagaimana penjelasan oleh Farush
Khan.

Andainya secara kebetulan ramai kakitangan Jawa sekalipun, salahkah mereka
menggunakan bahasa ibunda sesama mereka?
Saya percaya mereka akan tetap melayan pelanggan yang datang (sekalipun orang Jawa) dengan menggunakan bahasa kebangsaan melainkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan yang sudah lama dikenali.; Samalah dengan kaki tangan berketurunan India, sudah tentu akan menggunakan bahasa Tamil apabila pelanggan yang datang juga orang Tamil India. Justeru, perkara ini tidak perlu dibesarkan kerana ia hanya akan mengguris; perasaan sesetengah pihak terutamanya pihak yang diperkatakan. Al-Quran sendiri menjelaskan kepelbagaian bangsa dan bahasa itu adalah; salah satu daripada tanda kebesaran Allah. –

 KANJENG SUNAN RUMAIZI,
Kuala Langat, Selangor. On Fri, November 3, 2006 9:36 am,

Blog EntryPemerintah Malaysia atur pemberian nama anakJul 30, '06 8:54 AM
for everyone
Dari Detik.com

Hati-hati kalau ngasih nama anak di Malaysia, karena pemerintah Malaysia sekarang mulai mengatur pemberian nama.
Nama anak yang dilarang diberikan adalah nama2 yang punya arti jelek atau tidak lazim buat nama manusia. Dari berita di bawah ini, kelihatannya tidak masalah. Apalagi kalau dalam Islam, dikatakan bahwa "nama adalah doa", jadi jangan memberikan nama yang jelek untuk anak, takut nanti anaknya jadi minder atau bertingkah laku buruk sesuai dengan namanya.


==
Kuala Lumpur - Para orang tua di Malaysia harus berhati-hati dalam memberikan nama bagi anaknya. Alasannya, pemerintah Malaysia mengeluarkan kebijakan tentang pemberian nama bagi anak yang baru dilahirkan.

Maksudnya, jika ada nama anak yang tidak patut -dalam pandangan pemerintah, maka nama anak tersebut sebaiknya diganti.

Sebagaimana dikutip AFP dari The New Straits Times, Departemen Pencatatan Kependudukan Nasional Malaysia tidak akan memperbolehkan nama-nama dengan makna yang memiliki makna yang tidak diperkenankan dalam 3 bahasa yang digunakan di negeri ini.

Jumlah penduduk Malaysia saat ini sebanyak 26 juta dan didominasi 60 persen orang Melayu, 26 persen dari etnis Cina, dan 8 persen India.

Juru bicara Departemen Pencatatan Kependudukan Malaysia, Jainisah Moh Noor mengatakan, sejumlah nama telah didaftar dan disusun dari berbagai agama dan kelompok etnis.

Dalam budaya Melayu, nama Zani yang berarti perzinahan dan Woti yang berarti hubungan seksual, telah dilarang. Bagi warga India, Karrupan yang berarti budah hitam, juga dianggap tabu.

Begitu juga nama seperti Ah Kow yang berarti anjing dalam dialek Kanton, atau Ah Gong yang bermakna pikiran tidak sehat, juga dilarang.

Nama-nama Cina lain yang masuk daftar yang dilarang antara lain Chow Tow, Sum Seng.

Janisah berharap para orang tua tidak menamai anaknya dengan warna, nama binatang, serangga, buah-bahan ataupun sayuran.

Di masa silam, sejumlah komunitas Cina menamai anak mereka dengan nama-nama yang tidak menguntungkan, yang diyakini akan menyebabkan kesialan.

"Kami hanya bisa menyarankan mereka, namun jika mereka tetap ngotot setelah kita beritahu bawa itu tidak pantas, mereka tetap diperbolehkan untuk menggunakan nama itu," terang Janisah.

© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design - Copyright © 2005 Bernd Willenberg