|
Wikan Danar's posts with tag: jawa
Ya Tuhan ... ampun deh ... ada2 saja, berita ini orang ngomong bahasa Jawa saja dipermasalahkan.
Dari sebuah milis ==
2/11/06 Bahasa Jawa bagaikan bahasa rasmi di pejabat MB SAYA berurusan dengan pejabat Menteri Besar (MB) Selangor bukannya baru. Sejak zaman Tan Sri Muhammad Muhd. Taib lagi saya berurusan dengan pejabat yang terletak di tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada zaman MB sekarang, sudah lebih 10 kali saya berurusan dengan kakitangan pejabat beliau mengenai urusan majlis amal anak yatim. Apa yang dilihat, penggunaan bahasa Jawa sudah seperti tiada kawalan lagi bagaikan menjadi bahasa rasmi kakitangan pejabat MB. Rakyat Selangor bukan orang Jawa sahaja. Harap gunakan bahasa kebangsaan yang rasmi dalam segala urusan pejabat.
– TENGKU KAMARUL TENGKU ABDUL AZIZ,>> Klang.
3/11/06 BISIK-BISIK AWANG SELAMAT KERAJAAN Selangor semalam mengeluarkan kenyataan menolak dakwaan bahawa bahasa Jawa menjadi ‘bahasa rasmi’ di pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Turut dijelaskan bahawa 3/4 daripada kakitangan di pejabat itu bukan orang Jawa atau tahu bertutur bahasa tersebut. Mudah cakap, tidak munasabah bahasa Jawa jadi bahasa pejabat Menteri Besar. Maka Awang sangat berharap yang 1/4 lagi mengambil berat kenyataan yang telah dikeluarkan bagi menjawab sungutan seorang rakyat Selangor yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam. Maklumlah jika yang 3/4 tidak bercakap, tapi yang 1/4 lagi selalu ngobrol dalam bahasa Jawa, tentulah yang kedengaran kepada pelawat ialah bahasa Jawa. Secara peribadi Awang sedikit pun tidak membantah jika orang Jawa bercakap Jawa sesama mereka. Di pejabat Awang ada rakan-rakan bercakap Jawa sesama mereka. Cuma Awang berpesan kepada kakitangan di tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, jagalah nama baik Menteri Besar. Beliau berketurunan Jawa, nanti apa pula kata orang.
Awang – Penggemar rempeyek. (Sahabat Oom Pasikom)
Ini ada jawabannya:
Dari Utusan Malaysia hari ini:
Tiada salahnya guna bahasa Jawa sesama kaum SAYA amat setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penolong Setiausaha Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor, Farush Khan Akbar Khan tentang dakwaan keterlaluan penggunaan bahasa Jawa di pejabat Menteri Besar.
Sebagai anak Jawa, saya amat berasa hati dengan dakwaan yang dibuat oleh Tengku Kamarul Tengku Abdul Aziz seolah-olah kami tidak boleh menggunakan bahasa ibunda kami sendiri sedangkan hak tersebut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Salahkah kami menggunakan bahasa ibunda kami untuk bertutur sesama kami di mana-mana sahaja?
Adalah lumrah seseorang akan bertutur dalam bahasa ibunda apabila bertemu orang yang satu kaum.
Bukankah sudah menjadi perkara biasa apabila orang Cina akan bertutur dalam bahasa mereka apabila bertemu sesama mereka, hatta di kaunter mana-mana perkhidmatan sekalipun. Mengapa hal ini tidak menjadi masalah bagi Tengku Kamarul?
Secara kebetulan Menteri Besar Selangor daripada orang Jawa. Tapi tidaklah pejabatnya dipenuhi dengan orang Jawa sebagaimana penjelasan oleh Farush Khan.
Andainya secara kebetulan ramai kakitangan Jawa sekalipun, salahkah mereka menggunakan bahasa ibunda sesama mereka? Saya percaya mereka akan tetap melayan pelanggan yang datang (sekalipun orang Jawa) dengan menggunakan bahasa kebangsaan melainkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan yang sudah lama dikenali.; Samalah dengan kaki tangan berketurunan India, sudah tentu akan menggunakan bahasa Tamil apabila pelanggan yang datang juga orang Tamil India. Justeru, perkara ini tidak perlu dibesarkan kerana ia hanya akan mengguris; perasaan sesetengah pihak terutamanya pihak yang diperkatakan. Al-Quran sendiri menjelaskan kepelbagaian bangsa dan bahasa itu adalah; salah satu daripada tanda kebesaran Allah. –
KANJENG SUNAN RUMAIZI, Kuala Langat, Selangor. On Fri, November 3, 2006 9:36 am,
|
|